Pertubuhan Perkumpulan Perempuan(WI) Daerah Manjung telah mengadakan Mesyuarat Agong Kali ke -40.Mesyuarat tersebut telah diadakan di dewan WI daerah Manjung pada 28 April 2007.Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Pn.Hjh. Arbaayah bt. Alias, pengerusi WI Negeri Perak.
Sebelum itu, Pn.Hjh. Ainon Mardziah bt Md. Gelan, selaku pengerusi WI daerah Manjung telah menyampaikan ucapan aluan.Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin terutama sekali kepada Pn.Hjh.Arbaayah bt.Alias pengerusi WI negeri Perak berserta 4 orang AJK WI negeri Perak.Seterusnya beliau menyeru ahli - ahli WI daerah Manjung berkerja keras mencari ahli baru.
Di samping itu,beliau turut memaklumkan pencapaian WI daerah Manjung sepanjang tahun 2006. Katanya, WI daerah Manjung akan mengadakan Hi- Tea sempena sambutan Hari Ibu dengan tema "Ibu Cemerlang Ibu Terbilang" pada 19 Mei 2007.Tujuan diadakan majlis ini bagi mengenangkan jasa dan pengorbanan ibu.
Semasa menyampaikan ucapan perasmiannya, Pn. Hjh. Arbaayah menyeru semua ahli satupadu bagi memperkasakan lagi WI di negeri ini.Beliau mengajak semua ahli merebut peluang yang dijalankan oleh kerajaan.seperkara lagi, beliau menyarankan WI daerah Manjung mengadakan aktiviti yang boleh menarik minat genarasi baru menjadi ahli WI.
Beliau berkata, hanya WI saja yang ada menjalankan aktiviti -aktiviti untuk wanita.WI mengadakan berbagai program khas untuk wanita.ini oleh kerana, WI merupakan Pertubuhan NGO yang terulung di negara ini.Seterusnya beliau mengucapkan syabas kepada WI daerah Manjung, kerana berjaya mengadakan laman web sendiri.Beliau berkata,WI daerah Manjung merupakan WI yang Pertama ada laman web sendiri bagi negeri Perak.
Semasa mesyuarat berlangsung,berbagai pertandingan diadakan.Antaranya,pertandingan Pai Ayam, Kuih dari Labu,Sulaman Manik dan pertandingan karangan. Peserta terdiri daripada wakil-wakil dari cawangan daerah Manjung.Pemenang setiap kategori, akan bertanding pula di peringkat negeri Perak pada 16 Jun 2007, di Ipoh.